Thursday, April 11, 2019

Jumaat yang penuh barokah..

Diari Daud - Hari ni Jumaat, 12 april 2019...hari yang penuh barokah, InsyaAllah...Aku memang cadang nak pi awal pagi ke tasikujananilaiimpian tu..Jam sepuluh minit
sebelum jam 7.00 pagi aku dah terpacak kat tepi trek kat tasek tu..
Gerak dari bangi lama jam 6.40 pagi...waktu malaysia
tauuu...hahaha..Tiba sana kuar kete la kan...
hahaha....opst!

sebelum jam 7.00 pagi da ada di sini...
saje je amik low angle...hahaha..
awal pagi ni...
 Mula2 aku tangkap gambor la...
selfie bagai...banyak pulak gagak2 waktu awal pagi
ni...memang gitu la hari hari aku datang sini...gagak dah jadi maskot
kawasan kawasan kat sini. Masa aku tiba tu dah ada dah lima atau enam orang yang
dah berjalan dan berjoging kat trek tu...maknanya aku bukan yang awal la
tiba kat tasik ujana tu...pompuan pun ada awal pagi ni...

Lepas tangkap gambor dan selfie bagai
aku pun mulalah berjalan...aku berjalan aje bukan joging pun sebab aku tak mampu dah nak joging ni. Awal pagi gini aku sering jumpa orang2 yang dah veteran mungkin
dia orang ni pesara kut...yang berjalan keliling tasek tu...ada yang pusing
trek secara clockwise atau anticlockwise...aku lebih suka
buat anticlockwise sebab ikut majoriti
dan juga sebab sama macam
pusingan tawaf....
Masa aku berjalan kat trek tu aku nampak jugak orang sedang memancing kat tasik tu.....

lampu pun masih bercahaya

lampu lampu...

cantek pepagi ni...
Pagi ni mendung aje
dan cahaya mentari takde timbul awal pagi
Ia timbul lewat sikit. Matahari nampak kat kaki bukit tu lebih kurang jam
7.20 pagi tapi lepas tu tak nampak dah sebab ditutupi oleh cuaca mendung...ok la
tu, bagi aku...sebab selesa sikit tak terik kulit kena panas. Kalau cuaca ok jam 7.20 atau 7.30 pagi dah panas dah.....

Aku biasanya berjalan kat trek ni selama
sejam aje setiap pagi yang mana aku akan buat 5 pusingan, maknanya 5 pusingan tu lebih kurang sejam lebih sikit. Aku kena buat sejam setiap kali datang sebab aku datang
sini seminggu 3 kali sahaja. Doktor dah kata kalau berjalan kena
buat sekurang kurangnya 3 jam setengah setiap
minggu...sekurang kurangnya kalau
lebih, itu da terbaik....

veteran tu awal pagi da ada, selalu aku jumpa..
pepagi memang cantek
pepagi memang cantek...
Sebenarnya ramai orang yang
datang ke tasik ni..memang ramai..Aku suka datang sini
sebab selesa...Aku dah pi tasik ukm...tasik ukm tu ok gak tapi treknya ada
yang dah rosak...memang selesa kat tasek ukm tu...Aku dah pi tasek cempaka sari bandar baru bangi...tapi tasek tu bau air tasek tu agak tidak menyenangkan walaupun
treknya amat selesa...Jadi aku lebih selesa di tasik ujana ni...
jadi akan berterusan la aku di sini....

Lagi satu tasek cempaka tu kena hati hati jugak sebab
sering berlaku pecah cermin kete. Jiran aku kata van dia pernah dipecahkan
masa dia joging kat sana tu...Aku pun sering jugak tau berita berkaitan pecah cermin kete di tasik tu dalam grup fb...jadi bagi yang sering pi tasik tu harap hati hatilah...
Setelah aku selesai 3 kali pusing trek di tasik tu secara
tak sengaja aku jumpa pulak staf ukm
yang dah lama bersara...

lebih kurang jam 7.20 matahari mula timbul tapi sebab mendung sampai balik takde cahaya terpancar...
7.20 pagi lebih kurang matahari timbul...


bersama tuan haji ahmad budriz pesara ukm...
Jadi masa kami berjalan sesama
tu macam macam la cite dia...Dia staf ukm yang
dah lama bersara. Dia duk kat PKNS berhampiran taman aku tu. Tapi la ni
dia tinggal di pajam. Dia kata ramai pegawai ukm tinggal kat pajam tu...ramai katanya...
Dia ada sebut beberapa pegawai yang aku kenal dan memang popular pun kat ukm tu..Dia orang masih lagi bertugas di ukm tu....

Staf ukm ni sering aku jumpa masa aku selalu
buat keje keje rakaman luar video masa aku keje dulu la...sekarang ni aku da pencen dan dia lebih awal lagi pencen daripada aku. Selalu jumpa dia dulu termasuk
masa rakaman luar di tasik chini pahang, bukit fraser pahang
dan ekspedisi2 yang lain.....dan keje keje luar
yang lain.....

nak balik dah...
nak balik dah
nak balik dah...
Dia jugak cerita di tasik tu ramai orang yang dah pencen
dan diantara yang disebut ialah pesara yang pernah jadi pengarah
di jabatan kerajaan. Aku pun memang sering jumpa pesara tu awal2 pagi...dia memang duk di perumahan berhampiran tasik tu. Rupanya ramai jugak pesara yang duk berjalan
kat tasek ni termasuk aku la...ekekeke...opst!

Dia jugak cite ada jugak pegawai ukm yang duk di pajam tu datang
ke tasek ni terutama hari cuti sabtu dan ahad...Aku memang tak berapa minat
datang pada sabtu dan ahad tu sebab aku beranggapan sabtu dan ahad tu tentu ramai orang, aku memang tak berapa minat bila ramai orang ni...hahaha..opst!

selesai 5 pusingan, 5.97 km
balik daaaa....
 Jadi bila aku dah selesai pusing 5 kali tasik tu maka aku pun ingin minta diri untuk
beredar dan sempat la aku selfie denga staf ukm yang dah bersara tu...selesai tangkap gambor dan selfie tu maka aku pun gerak ke kete...Rupanya staf ukm yang
pencen tu sepupu kepada jiran depan rumah aku...hahaha..opst!
...kecik sungguh dunia ni kan.....Gitu la citenya....

Jadi sebelum aku tutup tulisan ni aku doakan moga kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir hayat dan jangan lupa
doakan setiap hari supaya ibubapa kita dan ibubapa mertua
kita akan diluaskan AALLAH SWT kubur mereka
serta dihindarkan mereka daripada
siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka
serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul
para nabi, orang yang soleh dan solehah sertamereka kekal di dalamnya..................

~~~  SEKIAN  ~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...