Sunday, April 7, 2019

Semalam dan hari ni...

Semalam Ahad, 7 April 2019...aku bawak anak bungsu aku dan isteri aku makan kat Chonburi nilai...Kami pi dah lewat petang iaitu lepas asar...mungkin dalam
jam 5.00 petang kut...Tiba aje di sana terus order makanan.
Sebenarnya masa kami pi tu langit kat bangi
pekat dengan awan yang gelap.
Tapi kami pi gak...tak terfikir pun hujan lebat serta ribut akan turun...

baru tiba chonburi ni....
tunggu order tiba
  Kami rakam foto dan share
dengan grup famili kami. Tiba2 anak tua aku
masukkan foto restoran chonburi di mana kami sedang nak makan tu.
Dia orang baru lalu depan restoran chonburi tu....maknanya dia orang ada dekat2
sini la ni....Kami pelawa mereka melalui wassapp supaya singgah sama2 untuk makan. Dia orang kata sat sebab dia orang ada urusan di nilai impian.

Waktu yang sama hujan da mula turun...mula tu ok...lama kelamaan terus jadi lebat dan disulami dengan petir serta ribut....Wah kami da separuh makan dan
kami terpaksa pindah tempat sebab tempias dan ribut
kuat sangat kat situ. Lampu2 dalam tu berayun
ayun macam nak tercabut daripada
siling. Dua tiga kali
blackout....memang hebat hujan hari ni....

masa ni memang hujan lebat, petir serta ribut, kami pindah tempat....
berita2 bencana di bangi dalam FB semalam...
#tasikujananilaiimpian
Kami dapat infor daripada
jiran serta anak kami kat umah bahawa di taman kami pun
hujan lebat serta ribut hebat sangat. Dia rasa bimbang gak sebab hujan lebat, petir, guruh dan angin kencang....Kami cuma duduk aje di restoran tu
sebab hujan lebat serta petir dan guruh...ngeri owww...Kemudian anak lelaki kami yang tua pun sampai tapi tak boleh kuar daripada kete sebab hujan lebat dan petir.

Anak lelaki kami masuk ke restoran tapi isteri dan anaknya masih
dalam kete, memang tak boleh kuar punya. Akhirnya dia kata dia tunggu aje dalam kete. Bila aku fikir hujan dan ribut takkan reda yang disertai petir, maka aku minta
isteri aku wassap dia orang dalam kete tu supaya baliklah sebab
tak mungkin hujan ribut tu akan reda dengan cepat.
Dia orang kata akan singgah kat rumah...
tengok apa yang patut...

dah terpacak kat tasik tu jam sebelum 7.00 am
selfie dulu baru berjalan..
Kami masih jugak di restoran tu
Isteri aku tak habiskan makanannya...sebab bimbang hujan lebat
dan petir yang kerap sangat.....dia baru makan separuh aje..namun sebab hujan ribut serta petir dan tempias kat restoran tu, kami cuma
tunggu aje dalam tu hingga hujan reda. Kami dapat infor kat rumah tu dah agak ok setelah beberapa ketika walau masih hujan. Rumah kami tu dekat dengan longkang besar dan setakat ini bila hujan air cuma penuh di longkang aje dan tak melimpah. 
Aku risau melimpah...Sejak taman baru dan supermarket wujud
di situ, longkang asyik penuh aje bila hujan lebat...aku risau
banjir kilat aje kalau longkang tu tak dapat tampung air hujan yang berlebihan tu...

Setelah hujan agak reda sikit kami pun masuk kete dan balik ke rumah.....
Melalui berita dan wassap kami dapati banyak pokok2 tumbang dan ada yang menghalang jalanraya...memang ribut seluruh bangi semalam. Kat taman aku pun banyak
jugak dahan pokok runtuh...Tak pernah berlaku ribut seluruh
bangi macam tu...memang risau dan takut
sangat...tak tau la
nape bencana tu berlaku, hanya ALLAH SWT aje yang maha mengetahuinya.....

masa ni da abis...
ni gambor masa balik
Pagi ni, Isnin, 8 April 2019
pepagi lagi aku dah kuar rumah pi ke tasik Ujana untuk
peluhkan badan. Jam sebelum 7.00 pagi aku dah ada di sana. Aku biasalah
akan berjalan kat situ selama sejam aje. Dalam sejam tu aku boleh buat 5 pusingan di trek tasek tu. Tanda tanda ribut semalam tak ketara pun di tasek ni cuma terdapat
dahan dahan kecil yang jatuh daripada pokok pokok di sekitar
tasek tu...takde pun pokok pokok besar yang tumbang.

Cukup aje sejam aku berjalan...maka aku pun terus aje balik. Aku tak punyai sebarang cerita untuk dibawangkan di blog aku ni...hahaha...opst!

nak balik dah..
sejam lebih...
Apa apa pun sebelum aku tutup tulisan ni aku doakan moga kita semua diampunkan oleh ALLAH SWT akan segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua dan
jangan lupa doakan supaya ALLAH SWT ampunkan semua
dosa kedua ibubapa kita dan kedua ibubapa
mertua kita serta hindarkan mereka
semua daripada siksaan kubur, siksaan akhirat
dan jugak siksaan api neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga.....

~~~   SEKIAN   ~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...