Thursday, January 31, 2019

Klinik dan butik..

Hari ni Khamis, 31 Januari 2019, aku pi bawak anak pompuan aku pi klinik dan pi Tesco untuk cari pakaian dia. Sebenarnya semalam dah pi klinik tapi doktor yang biasa 
dijumpa tak ada, yang ada doktor yang lain jadi hari 
ni kami pi lagi ke klinik tu.




Hari ni pi klinik dan tiba aje terus daftar. 
Bila nama dipanggil isteri dan anak aku aje yang pi masuk
dalam. Beberapa lama kemudian mereka keluar. Selesai aje terus tunggu ubat.
Lepas amik ubat terus kuar. Kemudian kami pi tesco semenyih untuk cari butik untuk beli seluar anak pompuan aku tu. Semalam dah pi nilai negeri sembilan tapi
seluar yang dia nak tu dah abis dan stok baru belum ada lagi.

Jadi hari ni terus pi semenyih. Rakan baik isteri aku kata
ada butik tersebut di tesco semenyih. Butik tu aje yang ada jual seluar yang
dia nak tu...Jadi aku pi ke tesco tu melalui ecohill. Jalan tu agak familiar sejak kami berbesankan orang semenyih tu...hahaha....




Tiba tesco tu terus naik atas...memang benar ada butik
berkenaan. Isteri dan anak aku aje yang masuk. Aku tak perlu masuk pun
sebab dalam tu semua pakaian pompuan, malas aku nak masuk. Bila dah pilih seluar
yang dia nak maka aku sediakan bajet aje ...hahaha.....Isteri aku jugak
pi beli barang untuk sambutan hari jadi kat tadika esok...

Kemudian kami pi makan kat food court kat situ...food courtnya besar jugak. Makanan agak ok kat situ...itu pandangan isteri dan anak aku aje. Aku pun rasa gitu la...Cef
pun ramai budak melayu, boleh katakan majoriti, kalau tesco lain
macam ramai bukan melayu aje. Makanan pun macam
ok aje...tapi...aku makan kentang goreng
aje sebab aku kenyang...isteri aku makan nasi dan anak aku makan kuey tiau....

Selesai aje kami terus balik...hermmm...satu lagi entri yang tak berapa nak menarik...kan...kan...kan...





Sebelum aku tutup kalam ni aku doakan kita semua akan sentiasa mendapat keampunan daripada ALLAH SWT hingga ke akhir hayat kita semua dan jangan lupa doakan
supaya ibubapa kita dan ibubapa mertua kita, diluaskan oleh ALLAH SWT
kubur mereka serta dihindarkan mereka daripada siksaan
kubur, siksaan akhirat dan siksaan
api neraka serta ditempatkan mereka ke dalam syurga
bersama para rasul, para nabi serta orang yang soleh dan solehah...Doakan
mereka setiap selepas solat, mereka memang menunggu doa doa kita yang masih hidup...

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria.

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...