Friday, January 18, 2019

Tasek UKM lagi...

Hari ni Sabtu 19 Januari 2019, aku pi ke Tasek Kejuruteraan lagi untuk panaskan badan sejam kedua untuk minggu ni. Sejam pertama minggu depan akan dibuat hari
 rabu mungkin minggu depan. Aku pi dengan isteri aku, dia pun da lama
 tak gerakkan kaki kat tasek tu, lagi pun kumpulan
senamrobik dia minggu
ni ditunda...







Tiba di tasek tu agaklewat sikit. Sampai lebih kurang 8.30 pagi
dan terus aje panaskan badan secara berjalan di keliling tasek
tu bersama isteri. Masa kami berada kat sana ramai jugak yang joging dan berjalan di situ, tapi kurang dari sepuluh orang kut. Semua lelaki rasanya, mungkin pelajar ukm.

Pekerja bersihkan keliling tasek tu takde yang ada cuma pekerja
yang baiki pagar ukm kat tasek tu, ada beberapa orang. Masa aku sampai ada yang parking motor kat atas trek tu tapi ditepi sikit. Rasanya perlu disiplin la sikit, trek tu untuk
orang beriadah...payah manusia kat mesia ni, kurang disiplin
dalam pelbagai hal termasuk buang sampah
merata rata...itulah sikap kita..






Trek masih ada bahagian tertentu
yang digenangi air yang meresap daripada tebing ditepi
trek tu. Kalau musim hujan tentu banyak yang digenangi air. Rasanya ada bahagian
trek tu yang perlu dibaiki kerana ia telah pecah dengan teruk sangat dan memang perlu dibaiki untuk keselesaan pengguna yang beriadah di situ. 
Aku berjalan keliling tasek tu hingga sampai ke satu jam yang biasa aku buat. Isteri aku ikut setakat dua kali pusing aje dan kemudian dia berehat ditepi trek tu. Dia sambung
kembali untuk pusingan terakhir aku keliling tasek tersebut. Dalam
pusingan akhir ni aku lebih banyak ambil foto aje
dengan handphone..Ada aje yang aku
fikir ok aku akan snap...






Di tengah tengah tasek tu
masih terdapat beberapa ekor burung bangau sedang
mengintai rezeki. Waktu pagi agak banyak jugak tapi bila hari bertambah panas
cuma tinggal dua ekor aje yang kelihatan. Pelajar lelaki yang ramai kemudiannya buat work out kat lokasi tepi trek tu dan setelah selesai dia orang pun blah balik...

Bila aku da cukup sejam berjalan kat situ maka aku dan isteri masuk kete dan balik ke bangi. Hari ni tak ade apa hal pun yang menarik untuk dibawangkan...
hari ni biasa biasa aje......






Sebelum aku tamatkan kalam ni, aku doakan kita semua, tak kira sape la akan mendapat keampunan daripada ALLAH SWT atas segala dosa kita semua hingga
ke akhir hayat kita. Jangan lupa jugak doakan setiap selepas
 solat dan bila2 masa pun supaya kedua
ibubapa kita dan kedua
 ibubapa mertua kita diampunkan semua dosa mereka,
dihindarkan mereka drpd siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka
dan dimasukkan ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang orang yang soleh dan solehah...jangan lupa ye..dia orang sentiasa menunggu doa2
daripada kita terutama yang telah meninggal dunia..
...aamiinnnnn....







~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...