Tuesday, January 22, 2019

Pagi di Tasek UKM.

Hari ni Rabu, 23 Januari 2019, memang da plan nak datang ke tasek ukm ni untuk peluhkan badan. Sejam pertama untuk minggu ni, sejam lagi buat pada hari Sabtu
nanti insyaAllah, kalau panjang umur....Bergerak lewat sikit
dari Bangi iaitu jam 8.15 pagi. Dengan jemnya
kat traffic light yang ada tiga
tu dari Bangi lama, aku tiba di tasek tu
dalam jam 8.35 pagi waktu malaysia. Terus matikan enjin
kete dan terus aje berjalan kat trek di tepi tasek tu. Aku tak buat penuh atau keliling
tasek tu, cuma lebih kurang 100 meter berjalan ulang alik. Sebab aku tengok
macam ada program aje kat tepi trek di satu bahagian tasek tu.

Ada beberapa pekerja pembersih sampah dan daun2 sedang
bertugas di hujung sana, aku tak sampai pun ke tempat dia orang masa aku berjalan
tu. Ada beberapa orang sedang menyiapkan pemasangan pagar di tepi jalanraya tu...macam hampir siap aje pagar tu dipasang.





Aku masih terus berjalan untuk panaskan badan dalam
sejam kat situ. Tak lama kemudian datang satu kumpulan pelajar, 
ramai gak dan masa selisih dengan aku sempat tanya dari mana...dia orang jawab .. ukm ... huhuhu...Aku terus jugak berjalan untuk panaskan badan , tak cukup sejam lagi.
Masa aku panaskan badan aku tengok ada dua orang lelaki dan
pompuan sedang kumpulkan specimen dari tasek tu.
Aku tak sempat tanya pun sebab dia orang
di luar kawasan aktiviti aku yang lebih kurang 100 meter tu..
dia orang di luar kawasan 100 meter aku tu. Sampai dia orang habis kutip
specimen aku tak sempat tanya sebab aku masih lagi berjalan tak henti henti untuk cukupkan masa sejam aku tu.....




Sedang aku berjalan tu aku bertembung dengan dua orang
pelajar yang buat aktiviti tepi tasek tu...aku tanya...ada program apa dik...ewah
macam aku ni abang sangat la..padahal aku da pencen...memang dah boleh dipanggil acik...hahaha...Pelajar lelaki tu jawab..ada program SUKSIS...maknanya 
SUKSIS UKM la tu...
Secara umumnya ialah SUKSIS UKM ialah Kor Sukarelawan Polis di IPTA. Hasil
idea YAB DS Abdullah Ahmad Badawi dalam tahun 1999. Masa tu dia
jadi TPM. Dalam tahun 2006 Ketua Polis masa tu TS Mohd
Bakri Omar telah merasmikan secara serentak
SUKSIS di 10 buah IPTA.

Hampir jam 10.00 pagi, aktiviti aku da tamat dah dan aku habiskan masa snap foto dengan HP aku. Selesai aje terus masuk kete. Masa aku gerak balik program SUKSIS tu masih berjalan, pekerja masih siapkan pagar ukm tu dan pekerja bersihkan daun 
dan sampah sekitar tasek tu masih lagi tekun dengan
 tugas mereka....
Hahaha...sorry la...hari ni takde yang menarik untuk jadikan bahan membawang...





Sebagai penutup aku doakan semoga kita semua tak kira sape la, akan sentiasa mendapat keampunan daripada ALLAH SWT atas semua dosa kita hingga ke akhir hayat kita...
dan pesan aku untuk kita semua supaya tidak lupa mendoakan setiap lepas
solat supaya kedua ibubapa kita dan kedua ibubapa mertua kita,
dihindarkan daripada siksaan kubur, siksaan
akhirat, dan siksaan api neraka serta dimasukkan ke dalam syurga bersama
para rasul, para nabi, orang soleh dan solehah...tutupkan doakan kita dengan salawat ke atas rasul kerana doa tidak akan diangkat jika tidak disebut nama rasulullah...

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...