Tuesday, January 1, 2019

Peluhkan badan lagi..

Hari ni hari Rabu, 2 Januari 2019.. cuti lagi..pi ke ukm untuk peluhkan badan untuk sejam minggu ni. Sejam lagi akan diselesaikan hari lain. Jam 8.15 pagi terus aje
gerak ke ukm dan tiba di ukm lebih kurang jam 8.25 pagi.
Aku sorang aje pi sini sebab isteri aku
pi tadika dan anak bungsu aku
akan mula sekolah hari ni...hari pertama dia akan bersekolah di sekolah menengah.

tasek kejuruteraan ukm
tasek kejuruteraan ukm
tasek kejuruteraan ukm
posing sat....
 Sebaik tiba aje tepi tasek tu tanpa berlengah terus aje atur langkah macam biasa...berjalan aje bukan jogging...da tua tua ni tak mampu nak jogging...eh! ye ke tua...hahaha...
biasanya aku akan berjalan selama sejam tanpa henti dan jadual
aku pun setiap sesi selama 2 kali seminggu adalah
sejam setiap sesi. Maknanya seminggu
aku buat 2 jam untuk peluhkan badan tanpa henti...rasanya cukup kut 2 jam...

tasek kejuruteraan ukm
tasek kejuruteraan ukm
tasek kejuruteraan ukm
tasek kejuruteraan ukm
 Masa aku sampai kat situ aku tengok ada beberapa orang sedang joging dan buat senaman kat situ. Sepasang student cina kut sedang joging dan lepas joging tu dia orang
beraktiviti di lokasi untuk panaskan badan dan sebagainya.
Sorang pompuan melayu sedang joging
mungkin datang dari luar ukm kut.
Sorang lelaki melayu sedang joging dan kemudian
pi lokasi untuk aktiviti panaskan badan kat tepi trek tu. Pekerja
pembersihan tak ramai pagi ni..nampak dua orang aje sedang bersihkan sampah tepi
 tasek tu...

posing lagi..
tasek kejuruteraan ukm
tasek kejuruteraan ukm
tasek kejuruteraan ukm...trek rosak...
 Aku terus aje berjalan ulang alik separuh tasek tu sebab aku malas nak melalui lopak air atas trek tu. Semalam hujan lebat kut, tu sebab banyak lopak air atas trek tu.
Ada lebih tiga lokasi trek tersebut rosak dan terdapat air bertakung...
Rasanya trek ni perlu dibaiki, selesa kat sini untuk beraktiviti
tempatnya redup dan banyak pokok pokok,
memang selesa bila buat aktiviti joging atau apa apa aktiviti di sekitar tasek tersebut...
Ada jugak beberapa hal yang aku tak setuju berlaku kat situ, antaranya
pekerja yang buat keje sekitar tasek tu bawak motor atas trek tu....sepatutnya tak
boleh la buat macam tu...yang aku perhatikan pekerja bangla dan juga staf yang meninjau kebersihan keliling tasek tu kut.....disiplin perlu ada beb......atau aku yang
silap trek kut...mungkin aku guna trek lumba motor kut...

trek rosak...
trek rosak...
trek rosak
trek rosak...
 Satu lagi yang aku tak setuju masa aku berjalan kat tasek tu ialah aku lihat ada tiga orang yang datang dari luar bawak kete dan singgah di tepi tasek tu. Dia orang datang
serta memancing kat tasek tu...aku tak pasti sama ada
boleh memancing kat tasek tu...memang la ditepi
tasek tu tiada pulak signboard
yang melarang memancing. Macam tak bersalah aje
muka dia orang mancing kat situ...aku rasa bukan staf ukm tu...kalau staf
ukm sekali pun...adalah tak bijak untuk memancing kat situ...betul2 la orang malaysia ni memang tak ada disiplin langsung...hahaha...opst!

trek rosak...
Masa aku beraktiviti di situ kelihatan jugak tiga orang pompuan mungkin student ukm kut sedang study kat wakaf di situ. Sambil bincang sambil gelak...sambil bincang sambil
menatap handphone...hahaha...manusia zaman baru tak lekang dengan
gajet setiap masa....aku pun sama...hahaha....nanti sat
lagi aku kuarkan untuk snap sekitar tasek
tu...lihat la foto2 ni...itulah hasilnya....

Masa aku dah tamat beraktiviti tu...cuma tinggal couple student cina tu aje
yang masih beraktiviti kat situ...lebih sejam dia orang masih panaskan badan kat
situ...rajin dia orang ni....memang dia orang ni bangsa yang rajin...
rajin dalam macam macam....hahaha....

Apa apa pun sebelum aku tamatkan kalam ini, aku doakan moga semua kita tak kira sape pun akan sentiasa mendapat keampunan daripada ALLAH SWT hingga ke akhir
hayat kita dan jangan lupa doakan kedua ibubapa dan ibubapa mertua
kita diampunkan ALLAH SWT akan semua dosa mereka
serta moga ALLAH SWT  luaskan kubur mereka dan dihindarkan
mereka daripada siksaan kubur, mahsyar dan siksaan neraka serta dimasukkan
mereka ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi serta orang yang soleh dan solehah..aamiinnnnn...........

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...