Sunday, January 27, 2019

Selamat Ulangtahun Kelahiran Untuk KAMI..

Makan makan dan sambutan ulangtahun kelahiran BIDADARI kami....



Hari ni AHAD, 27 Januari 2019...aku bawak semua ahli keluarga aku untuk makan makan kat restoran nasik arab di nilai negeri sembilan...Nama aje negeri sembilan tapi
 jauh dari rumah aku lebih kurang 15 kilometer aje. Restoran
tu kawan baik isteri aku yang kenalkan. Kalau
masuk hari ni rasanya aku dah 3 atau 4
kali makan kat sini......
Terima kasih kepada rakan baik isteri aku tu.....

nasi arab..
kambing...
tunggu...aku dan anak pompuan aku...
Sebenarnya aku dah rancang untuk bawak keluarga aku makan di situ cuma nak cari masa sesuai dan semuanya ada, barulah boleh pi makan kat situ. Hari ini semua ada, 
sebab semuanya dah ada masa yang terluang. Jadi kami gerak ke nilai. 
Anak yang tua gerak dari semenyih bersama isteri dia.

Aku dengan isteri serta anak bungsu dan anak pompuan aku dari bangi. Anak kedua aku gerak ke sana sendiri sebab dia kata ada hal lain lepas makan tu. Tiba di sana
lebih kurang jam 2 petang. Memang aku plan nak pi sana lepas zohor,
 tu kira makan tengah hari la tu.....orang puteh kata 'lunch'...
Isteri aku  masuk dalam, pi tengok meje yang
 kosong dalam restoran tu.

cucu yang popular..
popular...
selamat ulang tahun kelahiran wahai bidadari kami...
selamat ulang tahun kelahiran...
Restoran tu memang penuh aje dan ia diusahakan oleh 
orang Arab Yaman. Harap bukan Yaman Syiah la...hahaha...opst! Kemudian
aku dapat mesej isteri, kata dah ada meja yang kosong kat dalam. Maka kami pun masuk dan duk kat meja berkenaan. Isteri dan anak pompuan aku yang buat pesanan.
Aku cuma sediakan bajet aje...ekekeke...

Anak tua aku bersama menantu kami masih belum sampai lagi.
Makanan yang di order satu lepas satu sampai ke meja kami. Pelayan
 si Arab tu agak ramah, asyik nak gurau aje...baguslah macam tu. Itu merupakan strategi
pemasaran. Orang melayu ramai yang tak punyai skill macam tu. Kita ni,
 maksudnya pelanggan tidak suka muka yang ketat ketat ni..
Jadi peniaga Melayu
janganlah ambil kesempatan untuk tidak melayan pelanggan bangsa 
sendiri dengan baik...ooopst! marah pulak kang orang Melayu dengan aku ni...hahaha...

jamu selera...
jamu selera...aku dan anak bungsu..
jamu selera...isteri aku dan anak kedua aku...
dengan cucu yg popular...
Tak lama kemudian anak tua aku bersama isteri dan cucu kami pun tiba. Apa lagi la, cucu la yang jadi popular dikalangan kami...hahaha...apa boleh buat la....Bila semua
hidangan sampai kami pun apa lagi mulalah makan. Anak tua
aku terpaksa makan bergilir dengan menantu kami
sebab cucu tak boleh duduk kat tempat duduk sebab dia kena bawak berjalan jalan baru senyap...masing2 dengan kerenah tersendiri...hahaha...Kanak kanak memang
macam tu...mana yang pernah ada baby tentu banyak pengalaman
memasing dengan baby memasing....semua kena ditangani dengan bijak, anak2
 amanah ALLAH SWT...

Selesai makan, maka anak anak dan menantu siapkan pulak kek atas meja untuk kami berdua. Siap bubuh lilin lagi. Lepas lilin dibakar, kami bergilir gilir amik gambar.
Itu aje pun sebab kalau nak makan memasing dah kenyang.
Lilin tu pun anak bungsu aku yang tiupkan...hahaha..
Kek tersebut anak tua aku dan menantu kami yang bawakan...terima kasih untuk mereka...

..jamu selera...
jamu selera... anak pompuan aku, menantu aku dan anak tua kami...
jamu selera...dari kiri anak kedua kami, anak pompuan kami, menantu kami dan anak tua kami...
jamu selera...
Tamat bergambar, potong sikit kek tu dan beri kepada
pelayan arab yang serve makanan kami tadi...dan aku dengan isteri
 pi bayar semuanya di kaunter. Selesailah program kami di sini. Ini kali pertama dalam
hidup kami sambut ulangtahun kelahiran dengan kek di luar rumah...hahaha...Apa apa pun sebenarnya tarikh kelahiran isteri aku pada 26 Januari dan kelahiran aku 29 Januari...dan usia kami hampir menginjak ke usia warga emas...emas pun emas la...hahaha....Ulangtahun perkahwinan
kami pada bulan November....Kami dah hidup berkeluarga rasanya lebih
kurang 30 tahun lamanya. Moga terus berkekalan
hingga ke syurga...amin....

Masa kami balik iaitu aku dan isteri aku....anak2 dan menantu aku pi melawat AEON MALL yang ada kat nilai tu. Mall tu masih belum sampai sebulan lagi beroperasi..
Kami berdua aje terus balik rumah...

ulangtahun kelahiran...isteri aku 26 dan aku 29 januari...
tq kerana kek ni....
moga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...
depan tu kami..belakang, anak pompuan kami, anak bungsu kami, anak kedua kami dan menantu kami....
moga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...depan tu kami..
belakang, anak bunsu kami, anak pompuan kami, anak tua kami dan menantu kami...
moga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...
Sebelum aku tamatkan kalam ini...aku doakan kita semua tak kira sapa la, supaya diampunkan oleh ALLAH SWT segala dosa kita hingga ke akhir hayat
serta jangan lupa doakan ibu bapa kita dan ibubapa
mertua kita supaya mereka dimasukkan oleh ALLAH SWT ke dalam
syurga dan terhindar drpd sebarang siksaan kubur, akhirat dan siksaan neraka...mereka memang mengharapkan doa daripada kita semua....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...