Friday, January 4, 2019

Saja je sibukkan diri..

Hari ni, JUMAAT, 4 Jan 2019...nak katakan sibuk hari ni, taklah sibuk mana pun...saja je sibukkan diri. Kalau tak sibukkan diri tentu duduk diam aje...mungkin
akan mengundang BANYAK lagi penyakit pulak. Jadi kena
jugak sibukkan diri ... gerakkan diri
dan sebagainya...
 Pagi ni aku pi ECO Bukit Mahkota tu.
Niat aku nak cari pasu plastik. Rancangan aku nak tanam
pokok dalam pasu tu. Tanah aku dah beli beberapa pack sebelum ni kat nursery
berhampiran.



Tiba di eco tu aku parking
kete. Sib baik aku pi mase orang keje....aku pulak tak keje...hahaha... Biasanya kalau time cuti dan sebagainya tentu nak parking pon payah. penuh aje eco tu. Maklumlah barang barang murah semurah dua ringgit. Aku masuk kedai tu dan rayau la
cari pasu tu. Dapat aje terus amik dan
bawak ke kaunter, selesaikan bayar barang dan kuar. Masa kuar tu
 lalu la kat koridor kedai tu. Ramai pekerja eco tu sedang punggah barang untuk
 kedai tu...ramai gak pekerja tu. Majoriti melayu. Masa aku lalu kat situ pekerja tu buat tak tau aje..halang jalan aku...bukan tak sedar pun. Rakan dia yang tarik dia ketepi.
 Aku fikir inilah nilai anak2 melayu sekarang ni...hormat orang
dah takde dalam kotak minda dia orang....macam mana melayu nak maju, 
adab dah kurang...Tak tau mana silapnya...Pandangan aku kalau kita orang ISLAM patutnya tentu kita tau melapangkan ruang amat dituntut untuk orang lain....adakah adab dah terhakis daripada minda anak2 terutamanya...entahlah...

Sampai kat rumah terus aja mulakan keje isi tanah dalam pasu dan bersihkan kawasan sikit. Hari ni isi tanah dalam pasu aje. Esok baru lah mulakan untuk
letakkan benih pokok. Bukan pokok besar pun
pokok kecik2 aje........




Hari ni Jumaat, Solat Jumaat aku bercadang nak solat kat masjid bandar bukit mahkota. Sebenarnya sebelum, beberapa minggu lalu, aku dah pi ke masjid tu untuk solat jumaat..punya lah  sesaknya...penuh...nak parking kete pon tak boleh...
Akhirnya solat jugak di masjid KUIS, tempat aku biasa solat
 Jumaat. Masa aku datang kali pertama tu
masa tu tu cuti sekolah, mungkin tu sebabnya penuh kut.

Sebenarnya masjid tu baru bukak, rasanya baru sebulan kut.
Hari ni aku datang awal, jam 12.30 tengah hari aku da gerak ke sana. Jarak
lebih kurang 4 kilometer kut atau 5 kilo. Masuk aje ke perkarangan masjid tu, banyak lagi tempat parking. Cari satu tempat dan letak kete.

masjid bandar bukit mahkota
nikmati sedekah orang...
menuju ruang utama masjid..
Aku terus masuk masjid...pi tempat wuduk...kemudian
melangkah masuk dan sebelum tiba ruang utama solat...sempat jugak aku
pandang keliling. Nampak sekumpulan kecil kanak2 sekolah sedang makan makanan yang disediakan oleh orang yang bersedekah. Nampaknya macam banyak
aja bahan yang nak dimakan kat situ... Bagus sebenarnya
orang yang suka bersedekah ni...kita jangan
pandang kuantiti yang disedekahnya, yang penting ikhlas...mungkin sedekah yang sekelumit tu yang mungkin akan mengelakkan dia drpd api neraka
...sape tau kan...jadi pandanglah sedekah tu dengan
pandangan yang penting....hanya ALAH SWT aje yang tau hikmah bersedekah kepada manusia...jadi jangan pandang sebelah mata dengan amalan sedekah ni..

Bila tiba aje di ruang solat utama, aku lakukan apa yang patut aku lakukan. Besar jugak masjidnya...ada dua tingkat. Terdapat LED di dinding kiri dan kanan.
Aku tengok LED tu bertukar ganti visualnya....Ia tayangkan
jugak imej cara pergerakan dalam solat
 dan sebagainya..

bersedekah amalan mulia..
ruang dalam
ruang dalam
Masjid tu dilengkapi dengan pendingin hawa...sejuk
 jugak rasanya sebab kipas2 pun sama dipasang...hahaha...Bilangan
 jumaah jugak ramai terutama bila hampir dengan waktu solat....kat koridor pun penuh... Ada jam digital yang menunjukkan waktu waktu solat. Masuk waktu solat jam
1.21 petang...alunan AZAN berkumandang jam 1.22 petang..

Khutbah hari ni bertajuk tahun berubah, berubahkah kita...rasanya
macam tu lah tajuk khutbah jumaat tu. Macam macam lah huraian dalam khutbah tu.
Aku tak dapat ingat semuanya...mungkin da tua kut, ingatan da kurang
..eh! ye ke da tua...hahaha....

Selesai solat aku tak bergegas kuar sebab aku tak perlu lagi kejar masa nak ke opis sebab aku sekarang ni cuti panjang sebelum tarikh pencen. Tunggu hingga selesai zikir dan doa...tunggu lagi hingga masjid lega sedikit dengan jemaah. Agak lama jugak
 tunggu akhirnya aku kuar jugak...Masuk kete dan kena tunggu
lagi dalam kete sebab kenderaan masih banyak
untuk kuar daripada perkarangan
masjid tu...

Bila da kuar pagar masjid tu, barulah rasa lega........

muka pra pencen...hahaha...
masih sesak walaupu da lama tunggu...
tunggu giliran kuar pagar masjid...
Apa apa pon sebelum aku tamatkan kalam ni...aku doakan kita semua sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT atas semua doa kita hingga ke akhir hayat...dan jangan lupa setiap lepas solat doakan supaya kedua ibubapa kita dan kedua ibubapa mertua
 kita akan diluaskan oleh 
ALLAH SWT kubur mereka dan dibukakan salah sebuah pintu syurga 
ke kubur mereka hingga ke hari kiamat. Moga mereka semua dihindarkan daripada
siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan neraka serta dimasukkan 
ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi serta orang 
yang soleh dan solehah..aamiinnn...

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...