Monday, January 14, 2019

Doa untuk almarhum dan hari ni pi tasek ukm lagi..

Hari ni Selasa, 15 Januari 2019, aku memang dah plan dari semalam untuk pi panaskan badan di tasek kejuruteraan ukm. Tapi sebelum aku cite lebih lebih aku
nak cite sikit hal sedih pagi ni. Pagi ni aku terima berita
sepupu pompuan aku meninggal. Nama dia
aku panggil 'encik izah'.

Dia tua daripada aku mungkin
dalam  hampir 30 tahun kut...kut la...aku pun dah lupa, sebab aku
pun dah tua...haha..Dia anak kakak bapak aku dari ibu yang lain. Tengok tu,
datuk aku pun bini dia ada dua. Sebenarnya ada dikalangan abang abang bapak aku berbini dua tapi bapak aku bini sorang aje...jadi aku ni takde genetik bini dua tu...hahaha...opst!...gamaknya....


Balik pada cite 'kakak sepupu' aku tu. Yang aku ingat masa aku duk kampung dan sekolah menengah dulu...kakak sepupu aku ni berniaga sayur kampung kat bandar Ipoh.
Aku pun tak tau sampai bila dia orang berenti berniaga sayur kampung
tu, sebab aku pun hingga usia 20 tahun aje aku duk kat kampung
..lepas tu aku pi Politeknik Ipoh dan akhir sekali
duk kat bangi ni sampai tua....eh! ye ke tua...hahaha.....

Hanya satu benda aje yang aku
ingat berkaitan 'encik izah' aku ni, aku pernah tumpang dia
ulang alik naik sampan ke pulau tengah2 sungai untuk tanam pokok 'betik jalo' kat pulau tu. Masa itu orang kampung aku pun ramai yang tanam pokok betik jalo kat situ. Aku pun
 susah nak cakap kat korang apa betik jalo tu. Hanya orang parit aje yang
 tau...hahaha...
Aku selalu tumpang sampan dia dengan sepupu aku yang
nama dia 'mat' tu. La ni 'mat' duduk kat Ipoh,
dah lama sangat aku tak jumpa mat ni, rasanya dah berpuluh tahun gak
 tu...Itulah kenangan yang aku tak pernah lupa sampai sekarang berkaitan 'encik izah' aku tu...Jadi aku benar2 nak doakan dengan ikhlas sesangat...moga2 'encik izah' aku
tu akan diampunkan semua dosa2nya...semua dosa2nya...serta dihindarkan
daripada siksa kubur, siksa mahsyar dan siksaan api neraka dan
dimasukkan ke dalam syurga
bersama para rasul, para nabi, orang2 soleh
 dan solehah dan kekal di dalamnya...aamiinnn...Opst! satu lagi...
aku lupa nak cite...'encik izah' aku tu merupakan guru tempat aku mengaji
 jugak masa kecik dulu.....aku tak mengaji dengan emak aku walaupun emak aku pandai mengaji...agaknya itulah caranya orang dulu2 kut...hantar anak mengaji 
dengan orang lain.....gamaknya...Jadi aku ni memang kampung
boy walaupun aku tak banyak cite hal berkaitan kampung ni
 dengan sesape pun...sebab aku rasa
tak perlulah untuk cite kan kat orang lain...tapi tu lah...kan aku dah cite dalam blog ni..hhahahaha...apa boleh buat laaa....


Sape pun kita, jangan kita lokek untuk mendoakan kebaikan untuk sesama muslim, lebih2 lagi sedara mara kita...mereka perlukan doa kita semua termasuk doa sesama
muslim...apatah lagi bila dia dah meninggal...setiap kali kita berdoa 
setiap kali kita berpahala...tak rugi punnnn......

.....................................................................

Ok lah...berbalik pada cite aku...aku tiba di tasek ukm tu lebih kurang jam 8.30 pagi dan terus aku mulakan langkah untuk panaskan badan aku tu..Masa tu ramai jugak 
yang joging dan beriadah di situ...majoritinya pompuan...pompuan
memang suka riadah kut...lelaki suka lepak2..opst!

Ramai jugak pekerja yang buat keje dia orang kat situ...bersihkan daun2 keliling tasek dan jugak pekerja yang sedang baiki pagar ukm yang dah banyak rosak tu. Hujung2
sebelum aku cukupkan masa aku berjalan selama sejam kat tasek
tu, aku tengok yang lain2 dah selesai semua aktiviti mereka
 dan balik...tinggal aku sensorang aje
habiskan masa aku untuk berjalan kat tasek tu. Aku tak
buat aktiviti berjalan tu keliling tasek tapi cuma berjalan ulang alik aje...Masih ada bahagian trek yang masih berair terutama di tepi lereng, air meresap dari situ....





Selesai aje aku berjalan maka aku snap beberapa gambar dan sudahnya aku duduk dengan sorang pekerja yang sedang berehat di wakaf tepi trek tu.
Kami bersalam dan sembang macam macam.
Dia kata dia asal dari surabaya Indonesia..
dan menetap di sungai merab luar. Dah 5 tahun
dia keje dalam kampus ukm ni. Aku tak pasti mana pasalnya kami
bercerita berkaitan pilihanraya. Dia kata pilihanraya Indon dalam 3 atau 4 bulan ni. Dia cerita presiden jokowi sekarang ni macam rakyat dah tak suka sebab dia tidak
mengotakan janji2 yang dibuat sebelum menang. Jokowi
cuma jaga kakitangan kerajaan aje dan rakyat bawah tidak diambil berat
...janji sebelum pilihanraya tak ditunai...hahaha...macam kat sini jugak...opst! hahaha....Kemudian aku tanya dia datang sini dengan sape...dia kata dengan isteri sementara anak anak ditinggalkan dengan sedara di sana. Sebab di sini sukar untuk urusan sekolah. Dia cuma hantar belanja aje untuk anak2 dia kat sana. Dalam perbualan
selama lebih kurang sejam tu aku dapat banyak cerita daripada dia.





Dia masuk sini dengan permit untuk membolehkan buat keje apa apa pun di negara ni, itu sebab permit dia mahal iaitu 3ribu rm setahun...tiap2 tahun kene renew.
Dia bertugas menyelia pekerja yang lain. Dia kata kalau
nak jimatkan kos dia akan turut bekerja sama
dengan pekerja yang dia selia tu.
Berkaitan keje yang dibuat di tasek tu ialah dia bersihkan
daun2 dan sampah kat situ. Satu hari tak selesai keje tu...maka dia  bahagikan
tasek tu kepada beberapa bahagian dan satu hari di bersihkan bahagian tertentu sahaja. Aku pun tengok daun2 memang banyak sangat kat sekitar tasek tu tambah pulak ada pokok yang daun2nya sedang gugur...memang banyak sangat daun2 kat situ...





Selain dari tu dia kata dia amik keje bersihkan banglow
rumah orang kaya kat bandar baru bangi tu. Dia kata orang tu baik
sangat walaupun kaya. Setiap hari raya pasti dia bagi macam2 termasuk daging untuk sambutan hari raya...Dia kata laki bini baik sangat. Dia kata orang berjawatan besar jugak dia kata. Aku kalau dengar orang kaya yang baik ni...memang aku seronok...sebab aku jugak suka orang2 yang baik2 dan tak sombong ni...moga mereka sentiasa
dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia dan akhirat. Pekerja tu cakap
kalau dia nak balik Indon orang tu selalu beri sesuatu..sampai sekarang dia buat keje kat rumah orang tu masa cuti...Kat UKM dia cuti hari Ahad.
Aku tanya kat pekerja Indon tu, nape tak mohon
menjadi penduduk tetap...dia jawab dia pulang Indon setiap tahun dan tak layak mohon taraf penduduk tetap....Lebih baik kita suh orang Indon mohon taraf penduduk
 tetap daripada bangsa atau kaum yang nama aje warganegara tapi 
tak mampu pun menyatukan kaum
tapi menambahkan pecah belah kaum lagi tu...opst!
Dalam masa bersembang tu sering aku cakap dah bekeluarga ni jaga keluarga tak perlulah macam orang bujang. Makan dan pakai keluarga dicukupkan tak perlulah
bersikap macam orang bujang yang perlu diutamakan ialah
keluarga bila dah berkeluarga.....macam orang orang tua pulak aku gitau dia...eh! da tua ke aku...hahaha.....opst!




aku ngan brother surabaya..
Rasanya macam dah sejam aku bersembang dengan dia...jadi aku bersalam dan tinggalkan dia di situ. Ketika tuju ke kete aku bersua dengan pekerja bawak lori yang selalu
pam air kat situ untuk siram pokok2 dalam ukm tu...sebab aku nak
balik tak sempat nak sembang. Aku sempat bagi salam
dan bersalam dengan dia......

Masa tinggalkan tasek tu...aku tengok pekerja cuci sampah kat tasek tu masih lagi bekerja dan pekerja baiki pagar pun masih menjalankan tugas mereka......tak siap
lagi pagar tu...



Sebelum aku tamatkan kalam ini aku doakan moga kita semua tak kira sape pun akan diampunkan oleh ALLAH SWT akan semua dosa kita hingga ke akhir hayat
kita semua....dan aku ingatkan kita semua agar sentiasa mendokan
kedua ibubapa kita serta ibubapa mertua kita supaya ALLAH
SWT luaskan kubur mereka dan hindarkan mereka semua daripada
siksaan kubur, siksaan akhirat atau mahsyar dan siksaan api neraka serta dimasukkan
mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi dan orang yang soleh dan solehah serta kekal di dalamnya.....Kita boleh aje berdoa walaupun dia orang semua
masih hidup lagi....tak jadi kesalahan pun....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...