Monday, January 28, 2019

Happy Birthday dan panaskan badan di Tasek UKM...

ucapan teman se opis..
ucapan teman se opis..
Hari ni Selasa, 29 Januari 2019...hari ni jugak hari ulangtahun kelahiran aku kat muka bumi ni....haha.. Selamat Hari Jadi wahai AKU...hahaha... Ini merupakan hari
kelahiran aku yang terakhir semasa masih bergelar
kakitangan awam atau penjawat awam...mula 1 MAC 2019, aku bersara..
Ramai dikalangan rakan rakan
dan mantan bos? aku yang wish aku pagi ni...Seronok jugak
dapat wish dari mereka dengan disertai doa doa yang baik..aku pun
doakan untuk mereka segala kebaikan dunia dan akhirat...moga kita semua akan bersua
di 'sana...sana...sana...' seperti mana kita bersua kat atas muka bumi ni..
Tentu seronok kan bila kat syurga kita berjumpa kembali
dalam segala nikmat yang PENCIPTA
akan kurniakan kepada kita semua...nikmat yang tidak ada tepinya..kan...kan...kan....

satu kali pusingan 0.88 kilometer aje tasek ukm tu..
nyaman
nyaman
......hijau...
Ok lah...sekarang kembali semula ke cite aku...pagi ni memang aku plan nak pi ke tasek ukm tu untuk peluhkan badan. Aku perlu buat macam tu sebab da dekat
nak pencen ni badan kena sentiasa bergerak tak boleh
duk statik aje, nanti badan tak sihat....

Jadi aku gerak dari bangi lama lebih
kurang jam lebih 7.00 pagi. Aku kena pi pepagi sebab untuk
panaskan badan pepagi sikit supaya cepat balik...ekeke....Biasalah dari bangi
lama lepas jam 7.00 pagi mesti jem punya sebab jalan satu lane, kenderaan pulak berbakul bakul...hahaha.....Ada 3 traffic light pulak tu...





Tiba di ukm lebih kurang jam jam 7.30 pagi...matikan enjin, kuar kete, lock kete dan seterusnya mula berjalan atas trek tu...Aku sebenarnya berjalan aje pun
...aku tak mampu nak jogging, maklumlah usia da banyak
dan dah tak mampu nak jogging.....tapi roh tak rasa tua pun...hahaha...
sebab roh mungkin tak terikat dengan masalah tua...bila dia duk dalam tubuh kita yang menyebabkan ia terikat dengan masalah tua dan sebagainya.....
...eh! ye ke macam tu..?

Masa aku joging tu kelihatan ada sorang sedang
berjoging. Mungkin pelajar kut. Kuat dia sebab masih muda...Masa aku
beraktiviti tu dia joging setengah jam dan lepas tu dia buat work out kat lokasi sebelah trek tu..Setengah jam kemudian dia balik...aku tengok t shirtnya tulis ukm bandits
...macam aku pernah dengar nama ni tapi dah lupa bila.....





Kemudian ada jugak datang beberapa orang
ke trek tu dan berlari atau jogging sekejap dan kemudiannya blah.
Dia orang datang sekejap aje sebelum dia orang selesai dan blah...bukan semuanya
berjoging, ada jugak yang berjalan macam aku ni...mungkin usia dia orang macam aku kut...tak pasti sebab aku malas nak tengok atau nak perhatikan raut muka
dia orang secara teliti a to z sebab mana sempat nak perhatikan
orang bila kita sedang berjalan jalan tu....

Masa aku joging tu aku tengok ada pekerja yang sedang
membersihkan sampah dan daun2 di keliling tasek tu...aku sempat bagi 
salam aje..Sempat jugak aku tengok pekerja bawak motosikal atas trek tu untuk pi
ke cafe tepi tasek tu untuk beli sarapan pagi padahal ada jalan tar kut untuk pi situ, rasanya tak perlu pun lalu ikut atas trek tu. Walaupun trek tu takkan rosak disebabkan motosikal namun di situlah letaknya kesedaran sivik kita...jadi lebih baik la disiplinkan
diri kita supaya kita kelihatan lebih hampir kepada sempurna
....opst! hahaha....melalut pulak kan...jangan marah
ye.....manusia memang tak sempurna tapi mampu menjadi lebih hampir kepada sempurna..





Sebenarnya aku berjalan keliling tasek tu sekali pusing aje dan yang lain2 tu aku berjalan ulang alik aja selama sejam...Buka sebab apa trek tu hampir sangat dengan
cafe di fakulti kejuruteraan tu. Cafe tu hampir sangat dengan
trek mungkin lebih kurang 5 meter kut...Jadi bila ramai orang kat cafe tu,
segan pulak nak lalu hampir tempat tu. Masa aku keliling tasek tu lebih kurang
 jam 7.35 pagi, kat cafe tu dah ada beberapa orang yang sedang sarapan...mujur takde yang kenal...Lagi pun kalau aku lalu kat situ, bau makanan dari cafe tu boleh
 ganggu tumpuan aku yang sedang beraktiviti kat trek tu...ekekeke...ni
 cuma alasan aje gamaknya...hahaha........






Di minit akhir sebelum aku tamatkan aktiviti aku tu sebab da hampir sejam...ada beberapa motosikal lalu dari belakang aku dan melepasi aku terus menuju ke cafe tepi
tasek tu untuk sarapan kut...lebih jam 8.40 pagi...Haihhh...tu lah,
macam yang aku cakap motosikal tak mungkin
merosakkan trek tapi perbuatan kita yang akan memaparkan sikap kita tu kan....kan...

Tak lama kemudian aku tersepak permukaan trek yang tak rata sikit...hampir aku jatuh tersungkur...orang parit kata 'tejombab'...hahaha...opst! Kebetulan pulak
aku sedang berselisih dengan sorang lagi pelajar yang
pakai t shirt ukm bandits yg sedang berjogging...dia pun ikut terkejut
tengok aku nak terjatuh...hahaha...dia pun terkeluar suara gak dari mulutnya...aku dah
tak ingat apa perkataan yang keluar dari mulut dia tu...hahaha...Aku
anggap perkataan yg keluar daripada mulutnya sebagai
tanda simpati...tq la...Malu jugak kita kalau nak tersungkur depan orang...kalau 
depan burung2 atas dahan pokok tu tentu tak malu kan....Aku teruskan jugak berjalan sepertimana dia jugak teruskan aktiviti  jogging dia.....

selesai selama sejam satu pusingan serta ulang alik selama sejam
dan punyai jarak 5.52 kilometer, ok la tu...


Sib baik tak jatuh.... memang nak terjatuh sesangat sebab badan keletihan tentu mudah jatuh kalau ada apa apa halangan...Teringat jugak aku ini mungkin balasan kut
sebab aku lahirkan rasa tak senang kat mereka yang bawak motor
kat atas trek tadi tu...agaknya la...tapi tu lah aku lahirkan isi hati aku ni
sebagai peringatan untuk aku dan orang lain supaya tak buat perkara macam tu...kan...kan..kan...eh! alasan jugak ke ni...hahaha.....Tu lah kan...membawang dalam hati gak mungkin tak baik kan...hahaha...Tapi aku akan tetap jugak tulis segala
yang aku rasa tak sesuai yang aku lihat di sekeliling ke dalam blog aku ni...sekurang2nya untuk ingatan aku dan orang2 yang membaca tulisan yang tak berapa nak 
menarik dalam blog aku ni...kan...kan...kan.....

Aku tamatkan aktiviti aku ni setelah applikasi handphone aku dah tunjukkan aktiviti aku dah berlangsung selama sejam. Nanti ujung minggu mungkin Sabtu aku buat sejam
lagi dan cukuplah dua jam nanti untuk seminggu. Ujung minggu aku akan
berjalan sekeliling tasek tu hingga tamat sebab
cafe tu akan tutup pada hari cuti...hahaha....

tersepak permukaan tak rata, nasib baik tak 'tejombab...' hahaha...
tentu tak cantek kalau nampak yang macam ni kan...kan...kan...
Selesai aktiviti aku terus buat rakaman foto dengan handphone aku sepanjang trek yang aku lalui tu...

Selesai aje, aku terus masuk kete dan hidupkan enjin....Masa tinggalkan tasek tu pekerja yang baiki pagar sedang bekerja dan begitu juga pekerja yang bersihkan
sampah dan daun2 keliling tasek tu....

Sebelum aku tamatkan kalam ini aku doakan moga kita semua tak kira sape la sebab semua muslim bersaudara...moga kita semua akan diampunkan oleh ALLAH 
SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita dan jangan lupa....
sentiasa doakan kedua ibubapa kita dan ibubapa mertua kita
supaya ALLAH SWT ampunkan semua dosa mereka dan hindarkan
mereka daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka dan 
dimasukkan mereka semua ke dalam syurga yang kekal abadi..dan jangan lupa jugak doakan rakan2 yang telah mendahului kita...aaamiinnnnnn...........

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...