Saturday, January 6, 2018

Melawat Insan Yang ALLAH SWT Sayangi...

Hari ni SABTU, 6 Jan 2017....hari ni aku cuti...memang cuti sabtu dan ahad.
Masih lagi bebas dari tugas opis. Jadi aku dan isteri aku ambil
kesempatan bercuti ni untuk melawat antara insan-insan
yang istimewa dikalangan keluarga kami.





Lepas Zohor kami pi melawat
orang yang istimewa di kalangan mereka
yang istimewa dikalangan keluarga kami di Bandar Rincing. Insan
berkenaan telah diuji oleh ALLAH SWT dengan kemalangan seminggu yang
lalu. Cuma dalam hari cuti ni aku ada kesempatan melawatnya.
Kami bergerak ke sana selepas Zohor. Tiba je
ke rumahnya kami beri salam dan
terus masuk. 

aku serta isteri dan anak bungsu kami...
Kami dijemput
duduk dan kami tanya kabar serta sembang
berkaitan kemalangan tersebut. Dia ceritakan detik
kemalangan yang dialaminya. Dia kemalangan di KARAK semasa
dalam perjalanan untuk ke tempat bertugasnya di PAHANG. Mungkin disebabkan
jalanraya licin. Aku pernah dengar jugak kabar jalan di KARAK tu ada
ketikanya berminyak tak pasti sama ada sengaja dibubuh
minyak atau minyak kenderaan...nak tuduh
pun takde bukti. 
Insan yang istimewa dalam kalangan keluarga
kami ni cedera sebelah tangan kanannya. Sebelah kanan tersebut 
masih sakit. Dia berehat kat rumah buat sementara waktu ni.....


ni masa balik...
Dia kata ada
beberapa kenderaan lain yang mengalami
kemalangan yang sama di tempat yang sama. Maklumlah
minyak atas jalanraya...mana boleh control stering....Dulu....10 tahun
dulu aku pun pernah terbabas...mungkin juga minyak atas jalan yang seterusnya 
kete tak boleh kawal dan aku terus langgar pokok di tepi jalan. Hilang akal kejap dan
duk di wad selama 3 hari...huhuhu....ada beberapa memori dalam kepala
aku yang telah hilang atau korap...hahaha....kene beberapa
jahitan di kepala...huhu...


ecohill
Jadi kita anggaplah 
kemalangan tersebut sebagai ujian ALLAH. Redha
je la. Lama jugak kami sembang. Dan kami dijamu dengan makanan
oleh famili berkenaan. Lebih kurang sejam lebih kami di sana dan kemudian kami
minta diri. Sebelum gerak kami bersalam dengan ahli keluarga
tersebut dan tak lupa aku doakannya supaya cepat
sembuh. Aku juga doakan keluarga
berkenaan seluruhnya di rahmati dan diredhai oleh ALLAH
sepanjang masa serta bahagia hidup mereka di dunia hingga ke syurga.
Aku juga berharap silatur rahim antara keluarga kami berkekalan dalam bahagia
dan rahmat ALLAH SWT dari DUNIA hingga ke SYURGA...aamiinnn...
Terima kasih bebanyak kerana melayan kehadiran kami...
hanya ALLAH SWT yang mampu membalas
sikap TERBAIK mereka semua...aamiinn...
Aku terlupa pulak nak selfie dengan famili tersebut....biasanya aku
rajin selfie selfie ni...camana pulak boleh lupa...huhuhu...


ecohill
Sebelah malam lepas maghrib kami pi pula ke SAUJANA PUTRA
untuk melawat  sorang lagi diantara insan yang paling istimewa dalam
keluarga kami. Insan tersebut sedang di uji ALLAH SWT 
dengan DEMAM panas........




Sampai saujana putra lebih kurang hampir jam 9.00 malam. Insan
yang mengalami demam memang sentiasa di katil je.
Tak bangun pun...biasalah sesape pon
kalau kena demam da tentu
landing je kat
katil...
Aku pi sana dengan isteri dan dua orang anak kami...


dalam perjalanan...
singgah sebentar di kedai kedai berhampiran...
permandangan kawasan sekitar....


 Kami sempat bersembang dengan isteri insan yang dalam ujian ALLAH SWT
tersebut. Kami dilayan dengan baik dan sempat dijamu
dengan minuman. Kami pun
tak lama kat rumah berkenaan. Kalau
ikutkan ajaran agama pelawat tidak dibolehkan
lama lama di rumah orang yang sedang menderita sakit...........

sempat menikmati juadah...


Jadi lebih kurang jam 10.00 malam kami minta diri untuk pulang. Kami semua sempat
bersalam dengan insan yang sedang diuji oleh ALLAH SWT tu....
Apa yang aku harapkan, moga yang derita sakit akan segera sembuhnya...
Memang sukar rasanya bila tubuh kita mengalami
sebarang kesakitan...tak kira sakit
teruk atau kurang teruk.....bila dikatakan sakit memang
semuanya tak akan menjadi selesa seperti biasa lagi.....semua akan
menjadi serba tak kena...jadi sabar je la dengan ujian ALLAH SWT.
Akhirnya semoga yang mengalami penyakit akan segera sembuhnya..dan moga keluarga berkenaan sentiasa dalam rahmat dan redha ALLAH SWT dunia hingga ke syurga..........aamiinnnn...


SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...