Sunday, January 28, 2018

Sambutan Dua Tarikh Kelahiran....

Hari ni Ahad, 28 Januari 2018, selepas Asar aku serta semua ahli keluarga
pi ke Nilai 3. Tujuan aku bawak dia orang semua adalah
untuk belanja dia orang semua kerana
esok merupakan ulangtahun
kelahiran aku...
serta jugak 26 Januari
pula tarikh kelahiran isteri aku..




Aku belanja dia orang semua makan
di restoran chunburi yang terletak berhampiran jalan
masuk ke NILAI 3.  Kami tiba di restoran tu lebih kurang jam 5.30 petang.




Sampai je terus buat order makanan. Air sampai dulu....minum air sikit....
Bila semua makanan tiba, doa makan dibacakan oleh anak
bungsu aku...Selesai doa terus je makan...
Dalam masa makan tersebut
hujan turun dengan
amat lebat...hermmm...itu hujan rahmat..
Bila hujan turun serta merta rasa dingin tubuh kami yang
sedang menjamu selera....




Selesai je makan hujan pun berhenti...dan....lepas bayar kami pun
gerak dan bercadang untuk singgah di nilai 3 sekejap.
Tiba di nilai 3 kami terus masuk mall di situ..
Saje je singgah mall tu....
tengok tengok je pun............................




Walau pun tengok tengok sampai
maghrib la jugak kami di situ....pusing pusing dalam
mall tersebut....Bila da puas merayau kami pun mula nak balik sebab
waktu maghrib da tiba. Turun dan masuk ke ruang art
sekejap. Sisebabkan maghrib da agak
jauh kami pun cari surau kat dalam mall tersebut..
Jumpa je surau tersebut terus solat....kami solat berimamkan pekerja
dari indon.....
Selesai solat terus salam ngan imam dan kami tunggu pula
isteri dan yang lain2 keluar dari surau pompuan..




Bila semua da ada kami pun keluar dan berjalan sat
di dataran melihat jualan dan mainan
yang ada di situ.........




Tak lama kemudian kami terus masuk kete untuk pulang. Anak
sulung aku serta bidadarinya balik ke rumah
mereka di saujana putra...kami pula
terus balik ke bangi.....






Selesai untuk hari ni, moga segala apa yang kami 
lakukan sepanjang hari ini diambilkira sebagai amalan berpahala
oleh ALLAH SWT dan segala dosa kami hari ini ALLAH SWT ampunkan
semuanya...kerana kita bukan manusia yang MAKSUM.....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...