Hari ni, SELASA, 2 Januari 2018....rasanya tak terlambat untuk aku ucapkan
SELAMAT TAHUN BARU MASEHI untuk semua, moga
kita semua lebih baik, lebih sehat dan segala
lebih lebih lain yang berkaitan kebaikan...insyaALLAH.
cuti lagi kereta ni... |
ada tugas baru untuknya hari ni.. |
Hari ini aku sambung cuti satu hari lagi, cuti
pada tahun baru 2018. Aku cuti bukan sebab apa tapi untuk
uruskan semua yuran persekolahan anak aku yang bungsu tu. Aku
cuti untuk memudahkan aku buat urusan. Kalau aku bekerja tentu sukar untuk
uruskan semua. Aku taknak lari lari dari tempat keje, jadi lebih
baik cuti je. Bila cuti mudah aku...tak perlu fikirkan hal
tempat keje. Lagipun cuti ada. Kita kalau
nak cuti tuksah kaitkan dengan
orang lain....maksudnya kita usah babitkan orang
lain dalam urusan kita...kalau nak cuti...cuti je...tak perlu
kata orang lain boleh lari je dari tempat keje...tentu kita pun boleh...biarlah
orang lain yang buat...kita buat cara kita....kubur lain lain beb...
kita yang akan jawab semuanya sendirian di sana nanti.
Hidup kena jujur...hidup kena ikhlas...
SRA PEKAN BANGI |
SRA PEKAN BANGI |
SRA PEKAN BANGI |
Jam 8.30 pagi aku gerak dulu ke
SEKOLAH RENDAH AGAMA PEKAN BANGI. Terus
masuk dan cari kelas anak aku. Tinjau nama di pintu kelas. Nampak
nama anak, terus je masuk tunggu giliran bayar yuran. Ada dua orang depan aku.
Tiba giliran terus bagi salam. Duduk dan bagi tau nama anak aku.
Ustazah tu semak nama anak dan beritau jumlah
yuran semua yang perlu dibayar.
Keluar wang dan terus je bayar..
Kalau tak silap aku ustazah yang collect yuran
tu kenalan isteri aku, USTAZAH ADIB. Sebenarnya aku
jarang urus hal anak sekolah ni...biasanya isteri aku je....Sebab dia sibuk
dengan pendaftaran kanak kanak di tadika surau tu...maka aku la amik alih......
KEDAI BUKU, SRA PEKAN BANGI |
SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI |
Selesai je bayar terus pi kedai buku pulak untuk beli buku tulis dan lencana.
Di kedai buku ni aku terserempak dengan jiran setaman, sdr. AMIR...
dia pun beli keperluan sekolah anaknya...kami bersalaman...
Kena beratur kat sini ramai jugak yang ada kat sini.
Tiba giliran terus bayar semua dan beredar dari SEKOLAH RENDAH
dia pun beli keperluan sekolah anaknya...kami bersalaman...
Kena beratur kat sini ramai jugak yang ada kat sini.
Tiba giliran terus bayar semua dan beredar dari SEKOLAH RENDAH
AGAMA PEKAN BANGI tu......
Kemudian masuk kete dan gerak ke
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN BANGI pulak. Cari
parking...dapat jauh...dan terus parking...takpe la jauh2...harap kolestrol
sarapan pagi tadi dapat dikurangkan..huhuhu...Aku terus gerak ke bangunan sekolah.
Nampak anak pi ke tandas, dia pun sedar kehadiran aku. Sementara tunggu
anak ke tandas aku tunggu di koridor. Kelihatan seorang jiran sama
jalan iaitu jalan 3, sdr. KHAIRUL, di kejauhan sedang tuju bangunan yang
sama. Aku angkat tangan dan dia juga.
sama. Aku angkat tangan dan dia juga.
Dia datang hampir dan masing2 hulur tangan
untuk bersalam. Bila bertemu sedara semuslim dan bersalam maka
semua dosa akan gugur, dosa2 kecil, kalau dosa besar kena taubat nasuha. Kemudian
dia terus menuju lokasi untuk urusan anaknya yang jugak bersekolah
di sekolah yang sama. Aku terus tunggu anak aku. Bila
anak aku tiba dia terus gitau guru kelasnya
untuk bayar yuran.
SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI |
SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI |
ANAK BUNGSU AKU, SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI |
Tak lama kemudian guru kelasnya
panggil masuk bilik guru. Guru tersebut beritau
jumlah yuran yang perlu. Namun yuran yang terkini belum ada...cuma
dia berpandukan yuran lepas. Dia kata mesyuarat untuk yuran yg terbaru belum
diadakan lagi...akan diadakan dalam waktu terdekat. Jadi aku bayar
kadar yang sedia ada tu...jika ada infor terbaru nanti
anak aku akan sampaikan....Aku bayar semua
yuran tu supaya mudah dan tak perlu fikir hal yuran lagi melainkan jika
ada tambahan yuran baru......
SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI |
SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI |
Selesai je semuanya aku terus balik...
Hari ni kedua dua sekolah berkenaan aku sudah selesaikan
semua yurannya...agak besar jugak jumlah kedua duanya lebih kurang RM700.00
ermmmm...agak tinggi jugak...bagi aku mungkin kurang bebannya tapi
bagi mereka yang kurang bernasib baik...kais pagi..
makan pagi...kais petang..makan petang...kalau
tak kais...takde makan apa2.....
Bayangkan jugak kalau anak masih ramai
bersekolah....bayangkan lah....ALLAHU...ya ALLAH mudahkanlah
orang orang lain tak kira siapa pun dalam semua urusan persekolahan anak anak
mereka...sesungguhnya KAU MAHA KAYA...KAU MAHA
PERKASA...KAU MAHA BERKUASA...
SEKIAN
No comments:
Post a Comment