Sabtu dan Ahad, cuti dan free, 13 & 14 Januari 2017. Jadi ujung ujung minggu ni
pi CS tuk cari ikan. Stok ikan kat umah da abis dan kena
cari yang baru. Tengah hari pi ke CS. Biasa
nya pi tengah hari sebab pagi
mesti sesak di
tempat jualan makanan
basah tu.
Sampai je terus parking
dan masuk ke dalam bangunan. Singgah sat kat farmasi
untuk beli ubat batuk dan selsema. Anak bungsu kena selsema dan batuk. Mana
tak batuk dan selsema...sebab tunggu bas sekolah tanpa payung....kene
ujan la tuuuuuu.....
La ni ubat ubatan agak mahal...sebotol ubat selsema
dan batuk, harga rm21 lebih....nak buat camana kan...nak bikin sendiri
tak boleh...beli je laaa......
beli barang sikit je... |
Kemudian kami masuk dalam pasaraya tuk beli ikan dan sayur. Isteri aku
beli ayam dan jugak sayur serta yang lain lain. Kami beli
barang barang dapur je. Selesai je terus
kuar. Kemudian kami
singgah kat DIY. Aku masuk ke dalam
dan beli pam untuk air tandas dalam bilik air....beli murah je..
lebih sikit daripada 10rm. Aku pasang sendiri pun.
Dah siap pasang petang sabtu tu.
Pam tu baru je rosak itu hari....payah kalau takde pam tuu...
Tak perlulah lagi curah air guna baldi....sekarang da senang....tarik je tali
dan..................................selesai..............huhuhu.....
Waktu petang satu keluarga insan yang paling
istimewa dalam keluarga kami datang ke rumah. Mereka belanja satey.
Isteri aku pulak masak laksa untuk makan bersama tetamu. Banyak perkara
yang kami bualkan dengan tetamu atau keluarga yang istimewa
dalam keluarga kami tu....Mereka balik selepas
solat maghrib..........moga kunjungan mengeratkan lagi ukhwah
diantara kami semua serta bahgia dunia hingga
ke syurga...apa lagi yg kita mau kan melainkan kekal di SYURGA semata2...
Ahad pagi....isteri aku ada kursus haji di masjid seri putra...
tapi sebelum tu dia ziarah anak jiran yang meninggal dunia kerana
asma...umur 19 tahun kut...aku tak pi ziarah pun...namun
aku doakan sedara se ISLAM tersebut diampunkan
oleh ALLAH SWT segala dosanya walau sebesar mana sekalipun. Aku
doakan juga dia dihindarkan daripada siksaan kubur dan
neraka serta dimasukkan ke SYURGA oleh ALLAH SWT...aamiinnnn..
Jam 9.00 pagi aku pi hantar isteri kursus haji di masjid seri putra
bersama rakan dia. Sebelum ini bila dia pi kursus haji
dia tumpang rakan baik dia tapi rakan
baik dia ada hal, jadi aku
kena hantar dia untuk kursus tu...
Sebenarnya aku setuju dia pi kursus tu sebagai persediaan
untuk pi haji. Kalau da cukup duit nanti mudahlah kerana dah tau
berkaitan keje keje haji tu...Kalau ikutkan pendaftaran haji, kami akan pi pada
tahun 2089...huhuhu...kalau ikutkan tarikh mungkin tujuh atau
lapan kali mati baru dapat turn tuk pegi aji tu...hahaha...
Kalau ada rezeki aku memang cadang nak pi aji lepas pencen...kalau
ada rezeki....kalau takde rezeki apa boleh buat kan...
itu keje ALLAH SWT kita tak perlu campur pun...................
Jam 11.30 pagi aku pi amik isteri aku yang baru abis kursus
haji tu. Aku ajak pi nilai 3 kalau ada apa2 di dataran nilai sentral tu...
Sampai je kat situ...nampak takde pape pun....jadi aku ajak isteri aku pi makan
kat tesco bandar puteri tu. Sebelum sampai sana singgah sat
kat gerai sempadan nilai - bukit mahkota tu...
Singgah dan isteri aku pi beli...selesai je dia masuk kete...dia kata
sekilo rambutan rm5.00. Kami terus pi ke tesco.
Tiba tesco terus pi food court. Bincang sebelum isteri aku
pi order makanan. Aku pilih nasi goreng begitu juga dengan isteri aku. Anak
bungsu aku tak makan sebab tekak dia sakit...takde selera. Kemudian anak kedua
aku baru tiba untuk join makan...dia pilih mee claypot. Banyak aku rasa
nasi goreng tu....aku tak dapat abiskan...begitu juga isteri
aku....banyak lebihannya.
Kemudian anak bungsu aku minta beli mee bungkus
untuk bawak balik ....makan kat rumah. Jadi isteri aku pi order. Siap je
makanan yang diorder dia datang kembali. Dia mintak bekas
plastik untuk bawa balik lebihan nasi goreng kami
tu....mungkin dia tak nak membazir kut...membazir amalan syaitan...
nasi tu cukup untuk makanan seorang lagi...banyak tuuuu.....
jangan membazir.... |
Kemudian kami terus balik.....hemmmm....selesai aktiviti tuk
hujung minggu....duk umah dan tunggu esok menjelang, untuk pi keje pulak...
Jam 6.00 ptg kena gak pi klinik sebab takde tanda tanda anak bertambah
baik sakitnya lepas makan ubat beli kat farmasi tu...apa boleh
buat la....
Aku dan isteri bawak anak bungsu pi ke klinik
seri putra. Tak ramai orang pun
Lepas jumpa doktor, amik ubat dan masuk kete serta berlalu piii....
Jam 6.00 ptg kena gak pi klinik sebab takde tanda tanda anak bertambah
baik sakitnya lepas makan ubat beli kat farmasi tu...apa boleh
buat la....
Aku dan isteri bawak anak bungsu pi ke klinik
seri putra. Tak ramai orang pun
Lepas jumpa doktor, amik ubat dan masuk kete serta berlalu piii....
Moga sabtu dan ahad tersebut mendatangkan banyak pahala dan
semua perbuatan berdosa kami diampunkan ALLAH swt hendaknya...aamiinnn...
SEKIAN
No comments:
Post a Comment